6.3.14

Surut

Tiba-tiba rasa kasih itu pun mulai surut.

Dibawa jauh ke tengah laut.

14.2.14

Harga sebuah keredhaan.

Mahal. Haram jadah punya mahal.

Masa aku dapat tahu aku mengadung anak yang kedua. Aku menangis sepenuh hati. Aku tak nak. Hari-hari aku nangis, aku terfikir apa nasih anak perempuan aku. Berbelah bagikah kasih aku nanti? Mampukah aku sentiasa adil sayang sama rata. Aku, aku tak mahu anak perempuan sesaat sekalipun rasa diri dia tak disayangi dan tak diperlukan.

Pada masa yang sama aku risau disebabkan ketidakredhaan aku ini, tuhan tarik balik apa yang diberi. Dan aku takut, budak dalam perut ni (masa tu) dengar dan terasa hati yang mak dia tak suka dengan kehadiran dia.

Lama, berhari juga untuk aku redha terima dengan pemberian tuhan.

Aku cuba, aku cuba untuk terima anak yang terhasil dari kasih sayang cantuman benih dua hati.

Dan, perlahan lahan keredhaan itu datang juga.

13.2.14

Kerelaan hati, keterbukaan jiwa.

Ha ah aku dah pakai tudung.

Lepas bersalin aku keluar pertama kali, aku rasa malu, malu baju lengan senteng, malu leher baju nampak lurah tetek, malu baju pendek nampak jubo.

Tak pernah aku rasa semalu (bukan semalu pokok) itu.

Malu sampai aku beli cardigan besar.
Malu sampai aku nak balik rumah itu jam jugak.

Malu gila babi nak mampos. Tak paham aku kenapa aku rasa malu gila.

Satu hari, nak keluar berjalan, aku nekad aku sarung tudung. Aku mintak pin tudung Opah. Aku pakai blouse ngandung yg macam kelambu. Baju lama aku semua senteng, nampak bulatnya tetek.

Hari pertama, kedua, ketiga dan seterusnya aku rasa rimas yg teramat sangat. Aku panas kain berbelit dekat leher. Aku rasa hodoh nak mampos pakai baju gedoboh. Memang rasa menyesal. Tapi aku tahankan.

--

Inilah pertama kali aku pakai tudung dengan kerelaan hati, keterbukaan jiwa. 

Aku malu orang petik nama suami aku, eh bini siapa sial pakai macam sundel ni?

Dan aku tak mahu suami menanggung dosa aku.


Itu je. Bai

12.2.14

Yang tak tertanggung.

Sabarlah duhai hati.
Batukan diri.
Tanggunglah, hadaplah, telanlah, relakanlah semua.
Sebab kau tak punya pilihan.

23.9.13

Susu gantung adalah problem solver paling power.

Suka dimaklumkan entri ini dikarang tanpa mempedulikan perasaan mana-mana pihak. Yang dekat, yang jauh, yang takde kena mengena langsung (pastu tak memasal nak terasa).

Perasaan aku sape nak peduli?

--

Lain anak memang lain perangai. Anaqi sekarang ni buat perangai tiap kali jam 2 pagi dia gasak bangun, mata celik beso-beso tanak tidur. Orang asyik cakap nak susu. Nak kena bagi bape kali? Nak kena bagi bape lama? Aku boleh tau flow susu tu banyak ke tidak. Anaqi sampai tersedak-sedak sebab flow susu deras dan banyak. Bila orang cakap Anaqi nak susu aku sua kan lah jugak, tapi bukan nya Anaqi tu nak pun. Dia sebenarnya nak aku riba dia. Tenung muka dia. Riba memang boleh riba. Tapi ni jam 2 pagi hoi! pastu melarat sampai kat luar dah terang.

Aku sorang je nak kena handle. Sebab apa? sebab aku kan ada susu, orang lain takde susu. Susu aku ni dah macam problem solver la plak kan. Jadi nya kalau Anaqi merengek, tanak tido memang aku sorang je yang boleh handle.

--

Pasal Anaqi tersedak susu ni. Aku tak tau la nak buat macam mana, Susu banyak, flow laju, tekak dia plak kecik tapi sedut nya kuat. Macam mana aku nak control flow susu? bukan macam botol boleh control dengan rendahkan botol. Ni cakap aku kena duduk tegak (aku ni dah la si bongkok, kena duduk tegak buat aku sakit badan), pastu cakap aku kena pegang breastnya. Ingat pegang breast flow boleh slow ke? ingat macam botol ke breast aku ni?

Bosan, sakit hati, bengang.

--

Itu sebab aku rasa aku memang tak boleh anak ramai. Aku tak berdaya. Mental, fizikal memang tak mampu nak handle.

Bye!